Isnin, 11 Mei 2020

1 kalaulah engkau mengerti

1
Kalaulah Engkau
mengerti

Dahlia menyeka peluh yang membasahi dahi.baru berlatih 45 minit keletihan sudah menguasai diri.nafasnya turun naik. dia melabuhkan punggung di kerusi panjang."jadi petang ini berjoging?"tanya siti wangi seraya melabuhkan punggung di sisi Dahlia."dah lama kita tak tasik Y."
"Cukup lah latihan ni basah pun dah tak larat.lagipun, angan-angan nak balik ke kampung."
"Yalah, ada orang menunggu," Selangor Siti wangi. Bersahaja dengan pandangan dibuang ke arah padang bola jaring sambil melihat teman-temannya berterusan berlatih. Ada orang menunggu? Pertanyaan itu menyentuh hati dahlia.siapa yang menunggu, selain untaian kepedihan? Tatkala. Itu, dia teringat akan emaknya.khabar apakah emak? Apakah masih bercakap sendirian dibawah pokok getah? Masih merayau tidak tentu arah sewaktu petang merebut senja?
Disini dia mahu kedamaian, mahu melupakan ruang kepedihan di kampung halaman yang sudah menunggu.kesibukan menghadapi pelajaran disini dengan aktiviti kokurikulum supaya dapat melupakan kisah 2 pedih. Tempat inilah untuk meraih kecemerlangan bagi menghadapi hari muka.hanya kejayaan yang diraih sahaja mampu mengubah nasib keluarga. Tetapi ... .
" Kertas kerja yang disuruh oleh cikgu Hisyam dah cari isi?" Tanya Siti wangi yang menyedari perubahan di wajah dahlia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan