Isnin, 11 Mei 2020

songket berbenang emas

Songket Berbenang Emas

Pelajar Tingkatan 5, Dapatkah Anda Kesan Peristiwa Menarik Dalam Novel Yang Anda Kaji?

Jika Tidak Baca Catatan Berikut :

Satu peristiwa menarik dalam novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip ialah peristiwa menyelamatkan nyawa orang lain. Sebagai contohnya, Dahlia berani terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.Peristiwa ini menarik kerana Dahlia berani terjun ke sungai yang deras arusnya demi menyelamatkan Said,anak Aton walaupun Aton selalu menyindir dan menghinanya.
Berdasarkan novel Songket Berbenang  Emas, satu peristiwa menarik ialah kesetiaan seorang suami terhadap isteri. Walaupun Saleha mengalami masalah gangguan mental, Embong tetap menyayanginya dan kasih sayangnya terhadap Saleha tidak berbelah bahagi. Dia rela Saleha dihantar ke Hospital Permai untuk mendapatkan rawatan lanjut. Peristiwa ini menarik kerana berkat kesabaran dan kesetiaan Embong, mereka akhirnya dapat bersatu semula dalam sebuah keluarga yang bahagia.
Peristiwa menarik dalam novel Jendela Menghadap Jalan (JMJ):
1.  Lili membaca buku di dalam bas -menarik kerana Lili salah seorang remaja yg tidak suka menghabiskan masa dg sia2 wp d dlm perut bas.
2.  Lili menziarahi Mak Jah, emak Haxiq & Rafiq-  menarik kerana Lili tidak menyimpan dendam wp anak2 Mak Jah menculiknya
3.  Lili x menjemput Danel masuk ke dlm rumah semasa ketiadaan nenek & datuknya- menarik kerana Lili tahu menjaga kehormatan diri...sama masa Lili lebih suka menaiki bas dp menaiki teksi dg Danel
Dalam Songket Berbenang Emas (SBE),
1.  Dahlia meninggalkan asrama puteri - menarik kerana Dahlia  mahu membantu meringankan tugas bapanya menjaga.. & mengurus adik2nya d rumah lantaran ketiadaan bonda tercinta
2.  Dahlia ingin terus belajar- menarik kerana dia berazam tak akan tinggalkan bangku sekolah wp miskin demi meraih pendapatan x seberapa d kilang.
3.  Tika Dahlia dilamar untuk dirisik oleh Azhari dia minta waktu bagi membaiki diri ut membantu keluarga - menarik kerana Lia sentiasa mengutamakan keluarga dan mahu keluarganya hidup senang spt jiran2 mereka.
4.  Nek Kiah begitu membenci menantunya, Embong hingga asyik menyalahkan Embong - menarik kerana Nek Kiah tidak menerima suratan takdir sebaliknya terlalu percaya pada hal2 khurafat
5.  Emak Azhari menyunting Dahlia - menarik wp tahu emak Dahlia sakit serta kemiskinan keluarga Dahlia, dia masih bersikap terbuka menerima pilihan anaknya.
6.  Sewaktu Dahlia menyatakan kpd ayahnya bahawa dia berhasrat ut bekerja kilang-  menarik kerana ditentang oleh Embung. Prinsip Embung biar miskin papa jangan  miskin dlm pljran.
7.  Penemuan bungkusan kain merah yg reput oleh Abu Bakar- masih ada org yg sanggup mengkhianati hdup org lain. Dahlia suruh buangkan saja dan jangan berdendam dg siapa2pun.
8.  Nek Kiah terlantar sakit dan dijaga oleh keluarga Embung-  Nek Kiah sedar dia tetap dterima dg baik oleh keluarga itu wp melayan mereka dg buruk sbl ini.
Assalamualaikum & selamat pagi.
Novel Songket Berbenang Emas.
Watak utama novel ini ialah Dahlia.
Dahlia brhadapan konflik dgn Azahari. Azahari mahu mnghantar rombongan meminang  Dahlia ttp Dahlia belum bersedia. Dahlia mahu tumpu pd pelajaran agar dapat keluar dr kemiskinan. Selain itu, Dahlia tak mahu Azahari terbeban dgn masalah keluarganya jika mereka bertunang.
Dahlia menyelesaikan konflik dengan bersikap sabar dan tabah. Dahlia menyerahkan kepada bapanya Embong untuk membuat keputusan ttg pertunangannya itu. Dahlia bernasib baik kerana ibu Azahari bersikap terbuka menerima Dahlia wpun dia miskin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan